Thursday, April 16, 2009

Syurga di bawah telapak kaki ibu

Insiden

Kenangan yang tak dapat ku lupakan. Perlanggaran yang tidak diduga. Tiba-tiba the opponet tercampak ke dalam sungai. Namun tiada kecederaan yang berlaku. Hanya kereta sahaja yang ke RM 10,700.00 sahaja.

Pameran Seni Lukis




Pameran Seni Lukis peringkat negeri telah diadakan di Dewan Wawasan 2020 pada 15 - 16 April 2009. Sebanyak 30 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian.
Pertandingan ini telah berupaya mencungkil bakat-bakat muda, khususnya pelajar sekolah yang telah menghasilkan hasil seni yang boleh dibanggakan. Sekolah Menengah Teknik Kangar telah menjuari pertandingan bagi kategori menengah dengan hasil kreatif mereka bertemakan "Ke Mana Akan Ku Pergi", sementara itu bagi kategori Sekolah Rendah, SK Dato' Kayaman telah menjuarai pertandingan ini. Karya seni mereka bertemakan "Alam Yang Tak Ingin Kududuki" telah dapat memikat para juri untuk memberi anugerah ini.

Bengkel Pembinaan Blog PSS


Bengkel pembinaan BLOG PSS telah diadakan pada..

Wednesday, April 15, 2009

Laporan Mesyuarat

Isu tempahan bilik di Makmal komputer di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan Pusat Kegiatan Guru Perlis ditimbulkan Mesyuarat mencadangkan supaya dibuat poster yang menerangkan secara terperinci bagaimana untuk menggunakan bilik dan kemudahan yang ada dan ditampal dipintu bilik yang terlibat

Guru Cemerlang


Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu: Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178):